Monday, August 8, 2011

Titik noktah antara garisan penyambung kehidupan

Titik. . . . . . . . . . . . . . .
_______________Garisan
dunia memerlukan titik untuk menghasilkan garisan
sebutir titik bersama sebutir lagi titik
wujudnya garisan,
garisan tidak semestinya lurus, 
 adakalanya berpusing ligat mencari ruang kosong,
titik juga mempunyai warna yang berbeza bagi membezakan suku-sukunya,
adakalanya kedua-dua titik berlainan warna turut bersambung menghasilkan,
gabungan rasa cinta rasa setia kepada pencipta,
sejauh mana pun sambungan titik itu membentuk garisan
ianya pergi pada permulaan, tetap sampai pada pengakhiran yang pada mulanya dijadikan satu titik permulaan
begitulah kehidupan titik-titik di dunia yang nyata

Sebatang tongkat emas King untuk Queen

Sebatang tongkat milik King,
sewajarnya mengandungi intipati iman serta agama,
bagi digunakan untuk berjalan dijalan yang rata mahupun jalan yang berlopak,
sebatang tongkat milik King,
turut dikongsi bersama Queen,
agar langkahan bersama tidak lagi goyah dek hasutan dunia.
Tongkat itu bersadur emas keimanan,
perlu di gilap oleh King yang hanya tuan milikan tunggal barangan berharga itu.
Queen perlu memelihara tongkat itu agar ianya tidak patah walaupun milikan tunggal adalah kepada King.
Perlu dirapi, dijaganya,digilap,agar ianya terus menjadi medium yang kekal menegakkan iman takkala kudrat tidak lagi mampu berkerja.

Masa Induk

Masa...masa itu ada rasa yang menebal egonya
setiap manusia mempunyai mobile masa mereka sendiri..
tapi dimanakan masa induk kita???
masa yang berpaksikan satu tunjangan jiwa
gabungan segala garisan seluruh masa
Ibu bagi masa di mana???
siapakah yang bisa melihatnya
bagai mana masa individu itu diselarikan sehingga kita terlupa yang masa itu semakin pantas
pantas menghilangkan segala rasa suka
duka,
serta mengalphakan setiap yang menjadi kepada mangsa masa
dimanakah ia???

Terpahat namamu dalam tulisan jawi...

4 tahun...Toin,
semuanya berlalu sekejap sahaja,
setiap kenangan yang dilalui dapat dirasakan
bagaikan semalam sahaja baru kita berpisah...t
TAPI sekarang
kenangan itu telah bertukar kepada batu yang diukir namamu dalam tulisan jawi....
jasad mu bersemadi bersama saudara-saudara kita.
Batu yang berukir nama mu itu masih tegak berdiri bersama wakil disebalik kepala dan kaki.
mungkin sekarang kamu boleh mendengar suara tumbuhan berzikir....
mungkin juga para haiwan berselawat dengan cara mereka sendiri...
harapan jambatan doa serta bekalan ini sampai kepada kamu...
agar kamu aman disana...

Wednesday, June 29, 2011

Sepenuhnya...

Masa yang ada ni akan aku gunakan sepenuhnya....

sementara aku masih bernafas...
sementara aku masih lagi segar...
sementara kudrat masih lagi gagah...
sementara menunggu hari pengakhiran...

akan ku simpan kuat rahsia ini hingga ke akhir hayat