Thursday, August 11, 2011

Sri Rama & Sita Dewi (episod 1)

  Alkisah...(toibbb), Takkala pada zaman dahulu kala (mase tu TV pon ada dua kaler je, hitam putih je). Cerita ni mengisahkan Sri Rama seorang penganut agama Facebook. Setiap hari Sri Rama akan on-line Facebook lewat-lewat malam sebab pada siang harinya dia berkerja di Sushi King, adakalanya dia membawa balik lebihan sushi yang tak lalu dijual untuk buat juadah sarapan untuk esoknya, kalau takde lebih Sei Rama makan di Mcd jelah. Dijadikan cerita Sri Rama selalu usah awek kat Facebook secara diam-diam kat Mcd sebab Sri Rama takde broadband atau Stream Mix. 
  Pada satu hari yang memenatkan pada bulan puasa, Sri rama pergi ke Sogo untuk membeli barangan dapur serta juadah berbuka puasa, kali ini Sei Rama puasa penuh. Di dalam bandar Mahabratha yang serba pesat itu Sri Rama melangkahkan kakinya untuk pulang. dia memandang langit yang membiru serta kelihatan tujuh baris warna yang membentuk satu pelangi. Sambil bergalaskan beg Domo Kun yang berisi laptop. Jam menunjukkan pukul 7.26 petang, waktu bebuka semakin hampir. akhirnya Sri Rama berbuka di dalam KTM ditemani oleh mat-mat bangla yang berbau harum....KTM tersebut berhenti di sebuah perhentian yang besar yang mempunyai perkhidmatan WIfi. Sri Rama keluar melalui Train tersebut lalu pergi ke bangku yang terdapat sepasang couple yang sedang ...tut...., Sri Rama mula membuka beg tersebut dan mengeluarkan laptopnya sambil memakan Sushi yang dibeli tadi di sogo, lalu memakannya apabila azan berkumangdan. Walaupon Sri Rama tak solat tapi dia tetap berpuasa dengan gigihnya. Sri rama membuka laptopnya dan menyambungkan rangkaian Wifi ditempat tersebut. Tanpa melengahkan masa Sri Rama MeLog in fesbooknya, dia dapati ada seorang awek bernama Sita Dewi mengADDnya..lalu dibukanya profile Sita Dewi....(bersambung episod 2,-ha macam cereta telenovela tak???)

Tisu cap Premium

Berharga 20sen bagi pek kecil,
boleh didapati di mana-mana, tepi jalan,kat tandas awam,
tapi untuk jenama Premium,
susah nak cari kat tepi jalan, 
kualitinya lembut,
putih,
bersih.
Seorang gadis membelinya dari pasaraya terdekat,
dengan harga yang lebih daripada tisu-tisu lain,
dia membelah tisu Premium tersebut,
memakainya dengan menyapu ke muka dengan penuh gigih,
tisu yang bersih tadi mula koyak, mula kotor.
gadis tadi tersenyum kerana mukanya sudah bersih,
tisu tadi pun dibuang ditepi jalan yang mana jalan tersebut selalu diguna oleh gadis tersebut.

THE END

7 keping satu baris

7 keping satu baris,
manis,
sedap,
owhh ada nut lagi,
rasa susu sikit-sikit,
lama tak dapat benda nih...
hmmmmmm dap nyeee
eh bila separuh jalan baru tau ada kismis
adeh lupe nak selawat masa makan tadi
huhuhuhuhu......
almond pon ade tau,
pastinya ramuan terbaik..
yum yum yum
sebenarnya nak cakap
terima kasih to Cik Lola pop
coz bagi Choc Cadbury
kite memang suke choc
yam yam yam...

Pengorbanan

Si O merupakan keluarga yang tertua dalam kelompok suku kaum Merah, Si O mempunyai empat orang adik beradik temasuk dirinya. A, B, AB. O merupakan suku-suku yang selalu hadir dalam setiap pebandaran yang pesat membangun, sama seperti adik beradiknya. Si A, B, AB selalu mengalami kesukaran apabila menetap di bandar yang pesat dan maju. Mereka selalu kekurangan pendapatan, kerana bandar mereka terlalu pesat sehinggakan taraf hidup mereka terlalu tinggi dan tak mampu untuk hidup di sana. Si O selalu berkerja keras di pusat bandarnya demi menyelamatkan adik-beradiknya. O berkorban sehingga dia lupa akan dirinya, hanya dirinya sahaja yang mampu untuk menyelamatkan dirinya, tidak pada adik-beradiknya. Namun setiap hari O lemah dahn tidak bermaya namun perjuangan harus diteruskan demi menyelamatkan adik-adiknya, si O tidak menghiraukan dirinya, Akhirnya O mati.......

Back stage Lover

Say hi ,but not really want...
hmmm, aku pon tak tau..
tarik set,
pasang lampu sebab nak kasi cerah stage asal kene muka pelakon,
setiap hari bersihkan stage, hormat stage.
Semuanya bila curtain tertutup.
Di sisi tempat audien menonton jarang melihat aku,
kerana aku sang perilaku.
Adakalnya aku disanjung apabila ada curtain call, tapi itu hanya pada persembahan berakhir dan terakhir, 
takpe aku tak kisah, asalkan perjalanan show cantik dan baik,huhuhuu...
tak kisah tak dijulang sebagai wira atau pujangga
apa yang aku harapkan semuanya berjalan baik di atas stage,
pastinya aku akan memandang jauh dari sudut lage curtain akan kelancaran itu.
terus memandang jauh
kian jauh
sangat jauh
asalkan mereka yang berada di atas stage itu berbahagia dengan permainan mereka,
kerana aku seorang BackStage Lover :)

Wednesday, August 10, 2011

The Hill

Walking up the hill tonight
when you have closed your eyes.I wish I didn't have to makeall those mistakes and be wise.Please try to be patientand know that I'm still learning.I'm sorry that you have to seethe strength inside me burning.But where are you my angel now?Don't you see me crying?And I know that you can't do it allbut you can't say I'm not trying.I'm on my knees in front of himbut he doesn't seem to see me.With all his troubles on his mindhe's looking right through me.And I'm letting myself downsatisfying youAnd I wish that you could seethat I have my troubles too.Looking at you sleepingI'm with the man I know.I'm sitting here weepingwhile the hours pass so slow.And I know that in the morningI'll have to let you goand you'll be just a manonce I used to know.But for these past few dayssomeone I don't recognize.This isn't all my fault.when will you realize?Looking at you leaving, I'm looking for a sign

Monday, August 8, 2011

Titik noktah antara garisan penyambung kehidupan

Titik. . . . . . . . . . . . . . .
_______________Garisan
dunia memerlukan titik untuk menghasilkan garisan
sebutir titik bersama sebutir lagi titik
wujudnya garisan,
garisan tidak semestinya lurus, 
 adakalanya berpusing ligat mencari ruang kosong,
titik juga mempunyai warna yang berbeza bagi membezakan suku-sukunya,
adakalanya kedua-dua titik berlainan warna turut bersambung menghasilkan,
gabungan rasa cinta rasa setia kepada pencipta,
sejauh mana pun sambungan titik itu membentuk garisan
ianya pergi pada permulaan, tetap sampai pada pengakhiran yang pada mulanya dijadikan satu titik permulaan
begitulah kehidupan titik-titik di dunia yang nyata

Sebatang tongkat emas King untuk Queen

Sebatang tongkat milik King,
sewajarnya mengandungi intipati iman serta agama,
bagi digunakan untuk berjalan dijalan yang rata mahupun jalan yang berlopak,
sebatang tongkat milik King,
turut dikongsi bersama Queen,
agar langkahan bersama tidak lagi goyah dek hasutan dunia.
Tongkat itu bersadur emas keimanan,
perlu di gilap oleh King yang hanya tuan milikan tunggal barangan berharga itu.
Queen perlu memelihara tongkat itu agar ianya tidak patah walaupun milikan tunggal adalah kepada King.
Perlu dirapi, dijaganya,digilap,agar ianya terus menjadi medium yang kekal menegakkan iman takkala kudrat tidak lagi mampu berkerja.

Masa Induk

Masa...masa itu ada rasa yang menebal egonya
setiap manusia mempunyai mobile masa mereka sendiri..
tapi dimanakan masa induk kita???
masa yang berpaksikan satu tunjangan jiwa
gabungan segala garisan seluruh masa
Ibu bagi masa di mana???
siapakah yang bisa melihatnya
bagai mana masa individu itu diselarikan sehingga kita terlupa yang masa itu semakin pantas
pantas menghilangkan segala rasa suka
duka,
serta mengalphakan setiap yang menjadi kepada mangsa masa
dimanakah ia???

Terpahat namamu dalam tulisan jawi...

4 tahun...Toin,
semuanya berlalu sekejap sahaja,
setiap kenangan yang dilalui dapat dirasakan
bagaikan semalam sahaja baru kita berpisah...t
TAPI sekarang
kenangan itu telah bertukar kepada batu yang diukir namamu dalam tulisan jawi....
jasad mu bersemadi bersama saudara-saudara kita.
Batu yang berukir nama mu itu masih tegak berdiri bersama wakil disebalik kepala dan kaki.
mungkin sekarang kamu boleh mendengar suara tumbuhan berzikir....
mungkin juga para haiwan berselawat dengan cara mereka sendiri...
harapan jambatan doa serta bekalan ini sampai kepada kamu...
agar kamu aman disana...

Wednesday, June 29, 2011

Sepenuhnya...

Masa yang ada ni akan aku gunakan sepenuhnya....

sementara aku masih bernafas...
sementara aku masih lagi segar...
sementara kudrat masih lagi gagah...
sementara menunggu hari pengakhiran...

akan ku simpan kuat rahsia ini hingga ke akhir hayat

Thursday, February 10, 2011

Duit....duit.......duit....

Sebut pasal duit ni cukup hantu dowh
SEKARANG
masa untuk ikat perut
BANYAK
IMPIAN aku yang tak tercapai nih
krnr cari JOB luar nih
TAPI
JOB mendenye...???
Banyak bimpian aku tak tercapai dowh
Nak g Genting
Nak beli Trypod
Nak beli Beg
Kasut
Jam
BB
Spry moto
tukar sport rim
Baiki Exzos
SEMUANYA
MUSNAH...
TAPI
AKU BANGGA PENGALIRAN DUET TU KE TEMPAT YANG BETUL
tak pe
takde Rezeki...
Lain kali
pasti boleh
(+_*)


Sunday, January 23, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAK.......SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI, LOVE YOU

Saturday, January 22, 2011

PROVOKASI KEJAM

kejam
Provokasi menghancurkan hubungan
provokasi pemusnah hati suci
Provokasi wujud dalam ramai-ramai
turut wujud dalam adik-beradik palsu

suara hasutan,suara syaitan
dibantu oleh Q di dalam diri
PROVOKASI
PROVOKASI
PROVOKASI
pemusnah segala perhubungan
kau sedar atau tidak
Provokasi yang menghancurkan sistem CINTA kita
Provokasi gila
PROVOKASI WUJUD DALAM SENDI KEBENCIAN
CEMBURU
PROVOKSI
BOIKOT ORANG PROVOKASI!!!