Thursday, August 11, 2011

Tisu cap Premium

Berharga 20sen bagi pek kecil,
boleh didapati di mana-mana, tepi jalan,kat tandas awam,
tapi untuk jenama Premium,
susah nak cari kat tepi jalan, 
kualitinya lembut,
putih,
bersih.
Seorang gadis membelinya dari pasaraya terdekat,
dengan harga yang lebih daripada tisu-tisu lain,
dia membelah tisu Premium tersebut,
memakainya dengan menyapu ke muka dengan penuh gigih,
tisu yang bersih tadi mula koyak, mula kotor.
gadis tadi tersenyum kerana mukanya sudah bersih,
tisu tadi pun dibuang ditepi jalan yang mana jalan tersebut selalu diguna oleh gadis tersebut.

THE END

No comments:

Post a Comment